Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sokongan ‘Adoptable Storage’ Mungkin Akan Hadir Untuk Peranti Samsung Dalam Android Pie

Setiap aplikasi yang di pasang pada peranti Android akan disimpan dalam storan dalaman peranti. Tahukah anda, sejak Android Marshmallow diumumkan – ia menyokong ‘adoptable storage‘? Adoptable storage adalah sokongan menggunakan kad mikroSD sebagai storan dalaman tambahan buat peranti Android. Ini bermakna, aplikasi-aplikasi yang dimuat turun dan dipasang – datanya akan disimpan dalam kad mikroSD ini.

Tetapi, sayang sekali sokongan ini banyak dimatikan oleh pengeluar peranti. Contoh yang jelas adalah Samsung. Ya, banyak peranti Samsung yang kad mikroSD boleh dimasukkan – tetapi ia hanya berfungsi sebagai storan tambahan dan tidak boleh digunakan sebagai adoptable storage. Tetapi akan datang, dalam Kemaskini Android Pie (One UI) Fungsi Ini mungkin akan diaktifkan.

Bagi yang tidak tahu kenapa banyak pengeluar matikan fungsi ini adalah kerana sebaik sahaja fungsi ini diaktifkan – kad mikroSD akan diformat dan terus akan menjadi sebahagian dari peranti dan tidak boleh dikeluarkan. Jika dikeluarkan, banyak aplikasi akan bermasalah dan banyak isu seperti ‘force stop‘ akan berlaku. Kadangkala, pepijat dalam sistem Android itu sendiri akan menjadikan kad mikroSD ini bermasalah. 

Mungkin Samsung menemui jalan yang memudahkan pengguna dan tidak akan menjadikan fungsi ini sebagai isu. Sama-sama kita nantikan kemaskini Android Pie dengan antaramuka One UI untuk mencuba fungsi ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sokongan ‘Adoptable Storage’ Mungkin Akan Hadir Untuk Peranti Samsung Dalam Android Pie

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×