Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MacBook Pro Dengan Pilihan GPU AMD Radeon Pro Vega Kini Boleh Ditempah – Harga Bermula RM13,232

Pada acara pengenalan iPad Pro dan MacBook Air baru pada penghujung Oktober lepas, Apple telah mengumumkan mereka akan menawarkan pilihan penambahan kad grafik AMD Radeon Pro Vega bersama-sama MacBook Pro bermula bulan November. Kini, seperti dijanjikan, pilihan berkenaan boleh ditempah melalui laman rasmi Apple bermula hari ini.

MacBook AMD Vega

Pilihan kad grafik Radeon Pro Vega ini ditawarkan untuk model MacBook 15-inci yang hadir menggunakan cip Intel generasi 8 2.6Ghz. Dua pilihan disediakan, iaitu pilihan Radeon Pro Vega 16 yang memerlukan penambahan sebanyak RM1,100, ataupuna versi Radeon Pro Vega 20 yang memerlukan penambahan sebanyak RM1540.

Secara keseluruhan, versi asas yang menggunakan Radeon Pro Vega 16 ini berharga bermula RM13,232, sementara versi Radeon Pro Vega 20 pula membawakan harga jualan bermula RM13,672.

Seperti biasa, bagi anda yang melakukan pelbagai penyuntingan gambar dan video menggunakan MacBook, mungkin pilihan komputer riba ini adalah sesuai untuk anda.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

MacBook Pro Dengan Pilihan GPU AMD Radeon Pro Vega Kini Boleh Ditempah – Harga Bermula RM13,232

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×