Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cip MediaTek Helio P70 Diperkenalkan Dengan Peningkatan Kuasa Kecerdasan Buatan

MediaTek telah melancarkan cip terkini mereka Helio P70 yang memberikan beberapa peningkatan berbanding Helio P60. Helio P70 dilengkapi empat teras Cortex-A73 pada kelajuan 2.1 GHz dan empat teras Cortex-A53 pada kelajuan 2.0 GHz pada konfigurasi big.LITTLE.  Cip grafik yang digunakan pula ialah Arm Mali-G72 MP3 pada kelajuan 900 MHz. Ia walau bagaimanapun masih dihasilkan menerusi proses 12nm.

Dengan cip kecerdasan buatan baharu, Helio P70 menunjukkan peningkatan sehingga 30% berbanding Helio P60. Sistem kamera yang disokong ialah dwi 24+16 Megapixel atau satu kamera 32-Megapixel. Penggunaan tenaga pada kamera berjaya dikurangkan sebanyak 18%. Akhir sekali modem yang digunakan menyokong rangkaian 4G pada kelajuan 300MBit/s serta dua sambungan 4G VoLTE secara serentak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Cip MediaTek Helio P70 Diperkenalkan Dengan Peningkatan Kuasa Kecerdasan Buatan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×