Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Digi Dilihat Menawarkan Pelan Prabayar RM28 Sebulan Untuk Panggilan Tanpa Had

Digi melalui beberapa pengedar dan penjual mereka kini dilihat telah hadir dengan sebuah Pelan prabayar baru pada harga langganan RM28 sebulan. Melalui pelan ini, ia didapati Digi menawarkan pelan panggilan dan SMS tanpa had untuk semua rangkaian.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan antara pelan panggilan tanpa had yang berbaloi bagi pengguna yang kerap membuat panggilan dan SMS. Buat Masa Ini, halaman pelan berkenaan masih tidak diterbitkan di web rasmi Digi buat masa ini – dan tidak diketahui sama ada ia tertakluk kepada had 1000 minit seperti salah satu pelan sebelum ini.

Digi Prepaid RM28

Pada masa yang sama, pelan ini juga turut menawarkan data 2GB percuma untuk penggunaan sepanjang bulan, selain 2GB untuk penggunaan internet pada penghujung minggu.

Terdapat beberapa penjual dan pengedar Digi telah memasarkan Pelan Baru Ini melalui pembelian kad-SIM baru. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pengguna prabayar sedia ada boleh melanggan kepada pelan ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai pelan baru ini daripada Digi tidak lama lagi.

Terima kasih Shukex untuk tips.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Digi Dilihat Menawarkan Pelan Prabayar RM28 Sebulan Untuk Panggilan Tanpa Had

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×