Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Codec Qualcomm aptX Adaptive Diumumkan Untuk Peranti Tanpa Bicu Audio

Trend tidak menyertakan bicu Audio semakin menyerlah tahun ini dan sama ada suka ataupun tidak akan terus wujud kerana kualiti audio yang lebih tinggi boleh dinikmati secara nirwayar. Qualcomm telah mengumumkan coded audio nirwayar terbaru iaitu aptX Adaptive khusus untuk peranti tanpa bicu audio masa hadapan.

Menerusi aptX Adapative, kualiti audio nirwayar menerusi sambungan bluetooth akan meningkat. Ia turut dioptimasikan untuk mengurangkan masa pendam apabila audio digunakan untuk sesi permainan video atau kandungan dipancar ke sistem audio visual. Codec ini juga akan mengubah kualiti audio secara dinamik mengikut keperluan dan pada masa yang sama menyokong audio beresolusi tinggi.

Qualcomm aptX Adaptive akan disokong pada cip terkini keluaran mereka dan ia besar kemungkinan adalah Snapdragon 855 yang dijangka hadir tahun hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Codec Qualcomm aptX Adaptive Diumumkan Untuk Peranti Tanpa Bicu Audio

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×