Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Menguji Antaramuka Baru Pada Tetapan Google App

Hari demi hari semakin banyak aplikasi Google dikemaskini dengan antaramuka baru ataupun sookongan tema gelap. Kini giliran Google App – iaitu aplikasi untuk Google Assistant, memaparkan cuaca, feeds peribadi dan banyak lagi.

Pertama kali ditemui oleh ahli XDA, kemaskini antaramuka ini hadir dalam Google App beta versi 8.18.11. Selain daripada antaramuka baru, Google turut sertakan kawalan serba baru. Kini pengguna hanya perlu menatal kiri atau kanan mengikut tab tetapan. Terbaru adalah tetapan untuk ‘Home‘. Ia memaparkan tetapan untuk mengawal peranti berhubung dan lain-lain.

Kemaskini ini adalah untuk Google App versi beta yang terkini. Walau bagaimanapun, berkemungkinan sekali – tidak semua pengguna beta dapat mencubanya kerana ia akan hadir melalui kemaskini dari pelayan secara berperingkat.

Muat Turun Google App Beta Terkini Di APK Mirror



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Menguji Antaramuka Baru Pada Tetapan Google App

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×