Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dell Inspiron Siri 7000 Dan 5000 Dikemaskini Dengan Pemproses Terkini Intel

Dengan pengenalan CPU terkini dari Intel pagi tadi, Dell telahpun mengumumkan model kemaskini untuk komputer riba 2 dalam 1 dari siri Inspiron mereka hari ini. Dell Inspiron 7000 ditawarkan dalam tiga saiz skrin iaitu 13″. 15″ dan 17″ dijana dengan pemproses Intel Core-U. Terdapat juga pilihan model dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 serta skrin dengan resolusi 4K. Antara kemaskini lain yang dilakukan ialah bezel skrin lebih kecil serta storan Intel Optane.

Dell Inspiron 5000 pula hadir dalam dua model iaitu 5481 and 5482. Seperti Inspiron 7000, Inspiron 5000 turut dijana pemproses Intel Core-U. Kali ini Inspiron 5000 akhirnya dilengkapi port USB-C yang menyokong pengecasan Power Delivery serta sambungan output untuk monitor tambahan. Terdapat juga pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX130.

Kedua-dua komputer riba 2 dalam 1 ini akan mula dijual bermula 2 Oktober hadapan pada harga bermula dari $850 (~RM 3490) untuk Inspiron 700 dan $450 (~RM 1848) untuk Inspiron 5000.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Dell Inspiron Siri 7000 Dan 5000 Dikemaskini Dengan Pemproses Terkini Intel

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×