Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Acer Aspire 7 Yang Hadir Dengan Skrin 4K Berbingkai Nipis, Cip intel Core i7-8705G

Siri laptop dan komputer Acer Aspire ialah model laptop dari Acer yang cukup terkenal sekali untuk rekaannya yang menarik dan spesifikasi yang boleh dikatakan cukup berkuasa. Di acara [email protected] yang diadakan hari ini, pihak Acer memperkenalkan beberapa siri baru dibawah siri Aspire, termasuk komputer AIO (All-in-One) dan juga siri laptop yang hadir dengan spesifikasi dan juga rekaan yang menarik.

Acer Aspire Z24 ialah komputer AIO terbaru oleh Acer, dan hadir dalam rekaan paparan 24 inci dengan resolusi Full HD. Dari segi spesifikasi, komputer Aspire Z24 ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7+ Coffee Lake, dan juga storan Intel Optane sebanyak 32GB. Komputer ini juga dimuatkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150.

Acer Aspire Z24

Apa yang membuatkan komputer Aspire Z24 ini menarik ialah rekaannya yang cukup anggun sekali. Bahagian paparan komputer AIO ini dikatakan setebal 11mm sahaja, dan ia boleh dijadikan sebuah komputer yang boleh digunakan di pejabat dan di rumah tanpa sebarang masalah, walaupun anda hanya mempunyai ruang yang kecil.

Acer Aspire 7

Beralih kepada laptop, Acer Aspire 7 merupakan model laptop yang paling menarik diantara model-model Aspire yang diumumkan di acara [email protected] Ia merupakan laptop Acer pertama yang bakal hadir dengan pilihan CPU Intel Core i7-8705G dan Intel Core i5-8305G yang merupakan CPU kerjasama diantara Intel dan AMD untuk memuatkan GPU AMD Vega M ke dalam CPU tersebut.

Aspire 7

Laptop Acer Aspire 7 ini turut hadir dengan rekaan nipis pada ketebalan 16.9mm, disamping nilai berat yang cukup rendah sekali pada 1.5kg. Turut diumumkan ialah model laptop Acer Aspire 5 yang hadir dengan spesifikasi pertengahan yang cukup berkuasa untuk digunakan untuk tugasan seharian, manakala Acer Aspire 3 pula hadir dengan rekaan berwarna yang sesuai digunakan oleh mereka yang gemarkan laptop yang mempunyai rekaan warna yang ranggi.

Buat masa ini, pihak Acer masih belum mengumumkan lagi tanda harga dan tarikh pelancaran untuk siri komputer dan laptop Acer Aspire ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Acer Aspire 7 Yang Hadir Dengan Skrin 4K Berbingkai Nipis, Cip intel Core i7-8705G

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×