Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Unifi Basic Dibuka Kepada Semua Bermula September – Tidak Lagi Terhad Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM4500

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan yang mana Unifi Basic akan dibuka pendaftaran kepada semua pengguna seluruh negara, dan tidak lagi memerlukan keperluan khusus seperti pada pengenalannya – iaitu terhad kepada isi rumah berpendapatan bawah RM4500.

Unifi Basic sebelum ini memerlukan beberapa info tambahan daripada pengguna, termasuk slip pendapatan atau BR1M. Tetapi, dengan membuka Unifi Basic Ini kepada semua bermula 1 September, perkara berkenaan kini tidak lagi diperlukan.

Unifi Basic

Unifi Basic membawa pelan internet berkelajuan 30Mbps pada harga hanya RM79 sebulan. Berbeza dengan pelan biasa, ia turut hadir dengan had penggunaan sebanyak 60GB data sebulan – dan selepas itu kelajuan akan dikurangkan tanpa pilihan untuk membeli kuota tambahan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar Unifi Basic ini melalui TMpoint seluruh negara bermula 1 September ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Unifi Basic Dibuka Kepada Semua Bermula September – Tidak Lagi Terhad Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM4500

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×