Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kecerdasan Buatan OpenAI Gagal Mengalahkan Pemain Dota 2 Profesional Di The International

Jun lalu Openai Five yang merupakan kecerdasan buatan yang direka khusus untuk memainkan Dota 2 secara berkumpulan diumumkan. Dalam ujian awal ia dengan mudah mengalahkan pemain manusia. Untuk menguji kemampuan sebenarnya, OpenAI Five menentang dua pasukan profesional di The International minggu ini.

Tidak seperti perlawanan menentang pemain amatur, OpenAI Five berjaya dikalahkan dalam kedua-dua perlawanan menentang pasukan paiN Gaming dan Chinese All Stars. paiN Gaming ialah antara pasukan yang bertarung di The International tetapi telahpun tersingkir. Mereka mengalahkan OpenAI Five dalam masa 51 minit. Pasukan Chinese All Stars pula mengalahkan OpenAI Five dalam masa 45 minit.

Kekalahan kecerdasan buatan ini adalah berbeza dengan keputusan tahun lalu dimana ia mengalahkan SumaiL, Arteezy dan Dendi di dalam perlawakan 1v1. OpenAI masih sedang mempelajari taktik bermain Dota 2 secara berkumpulan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kecerdasan Buatan OpenAI Gagal Mengalahkan Pemain Dota 2 Profesional Di The International

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×