Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Poco F1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Seawal Minggu Hadapan?

Poco merupakan salah satu sub-jenama terbaru daripada Xiaomi. Telefon pintar pertama dibawanya adalah Poco F1 yang mana hadir dengan spesifikasi tinggi – termasuk penggunaan cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, bateri 4000mAh dan juga sokongan penyejukan cecair.

Terkini, ia dilihat telefon pintar berkenaan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Hal ini juga selari dengan penemuan rekod peranti ini di Sirim sejak beberapa minggu lepas.

POCO F1

Buat Masa Ini, terdapat beberapa pengedar rasmi produk Xiaomi telah mula hadir dengan gambar acah, dan mengatakan ia akan hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran Poco F1 ini untuk pasaran Malaysia pada acara Poco yang dijadualkan pada hari Isnin ini di Jakarta.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Poco F1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Seawal Minggu Hadapan?

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×