Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Projek ‘ExtraTime’ Dari Astro Mewakili Malaysia Ke AWS Hackdays Asia Tenggara

Acara Hackathon merupakan sejenis acara yang kerap dijalankan bagi mencari idea yang menarik, dan melaksanakannya dalam tempoh masa yang singkat. Ada yang berlangsung selama 24 jam, mahupun sepanjang akhir minggu, dan juga dalam tempoh 12 jam. Baru-baru ini AWS Malaysia telahpun mengadakan pertandingan Hackdays yang memerlukan pasukan menawarkan solusi yang menggunakan perkhidmatan AWS.

Sebanyak 16 pasukan yang terdiri Dari 53 peserta telah menyertai AWS Hackdays yang berlangsung di MaGIC Cyberjaya. Pasukan-pasukan ini termasuk syarikat besar seperti Digi, Astro, dan bermacam lagi termasuklah pasukan dari universiti tempatan seperti USM dan UPM. Mereka perlu menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan dan juga pembelajaran mesin dari AWS, seperti Amazon SageMaker, Amazon Polly, Amazon Lex dan idea mereka perlu dilaksanakan dalam tempoh 12 jam.

Baca: Perkhidmatan Terbaru Yang Diumumkan Dari AWS re:Invent 2017

Pasukan dari Astro telah memenangi pertandingan ini apabila mereka tampil dengan projek ‘ExtraTime’. Kebiasaannya, Saat Jaringan Gol perlu disunting oleh editor video bagi meringkaskannya namun menggunakan Amazon SageMaker untuk analisis audio dan video, serta AWS Elemental Media Convert, ia membolehkan saat jaringan gol dikesan dan disunting secara automatik, membolehkan kandungan sebegini mudah diakses penonton dengan lebih cepat.

Pasukan Astro akan mewakili Malaysia untuk pertandingan akhir AWS Hackdays di Jakarta, Indonesia dan akan bertanding dengan wakil lain serantau Asia Tenggara yang menawarkan hadiah berupa penyertaan di acara tahunan AWS re:Invent 2018 pada akhir tahun ini. Lebih dari ini, acara-acara Hackathon sewajarnya disertai oleh syarikat berasaskan teknologi bagi mendalami teknologi terkini, disamping mampu mencabar idea bagi menghasilkan penyelesaian dalam masa singkat.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Projek ‘ExtraTime’ Dari Astro Mewakili Malaysia Ke AWS Hackdays Asia Tenggara

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×