Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Unifi Basic 30Mbps Akan Dihadkan Kepada Kelajuan 128kbps Selepas Kehabisan Kuota

Telekom Malaysia pada awal minggu ini telah mengambil pra-daftar untuk pelan baru mereka, iaitu Unifi Basic. Seperti ramai sedia maklum, Unifi Basic hadir dengan kelajuan 30Mbps dan dihadkan penggunaan kuota sebanyak 60GB sebulan, pada harga langganan RM79 sebulan.

Unifi Basic

Hari ini, Telekom Malaysia turut mengemaskini halaman FAQ untuk pakej berkenaan dan berkongsi lanjut mengenai pakej tersebut. Menurut Telekom Malaysia, sekiranya pengguna habis menggunakan 60GB data pada sesuatu bulan, maka kelajuan internet akan dikurangkan kepada 128kbps.

Agak menyedihkan kerana tiada pilihan penambahan kuota data yang disediakan buat masa ini.

Ini bermakna, pengguna terpaksa melayari internet dengan kelajuan 128kbps sehingga tarikh 1 haribulan sebelum kuota berkenaan ditetapkan semula. Pada kelajuan 128kbps untuk talian di rumah, ia boleh dikatakan agak perlahan – apatah lagi sekiranya dikongsikan dikalangan beberapa pengguna.

Pihak Telekom Malaysia mengalakkan pengguna menaik-taraf ke pakej Unifi Lite atau Advance untuk penggunaan data tanpa had.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Unifi Basic 30Mbps Akan Dihadkan Kepada Kelajuan 128kbps Selepas Kehabisan Kuota

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×