Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

GMail Untuk iOS Akan Memberikan Notifikasi Untuk Emel Yang Penting – Dijana Kecerdasan Buatan

Pada peranti mudah-alih, terdapat pelbagai aplikasi komunikasi yang terpasang. Perkara ini sekaligus mungkin membuatkan anda hanya ingin menerima notifikasi sekiranya sesuatu perkara itu adalah penting sahaja.

Mengenal pasti hal berkenaan, kini Google melalui Gmail memperkenalkan sebuah ciri baru yang mana memaparkan notifikasi untuk emel yang penting sahaja.

Google mengatakan mereka menggunakan pembelajaran mesin dan Kecerdasan Buatan dalam mengenal-pasti sesuatu mesej berkenaan sama ada penting atau tidak – dan seterusnya Memberikan Notifikasi kepada anda.

Sebelum ini, Google sedia mencuba ciri lebih kurang sama pada Inbox, dan kini ia turut diperluaskan untuk GMail pada iOS. Ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna GMail untuk iOS, dan dijangka hadir ke Android tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

GMail Untuk iOS Akan Memberikan Notifikasi Untuk Emel Yang Penting – Dijana Kecerdasan Buatan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×