Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Masalah Pepijat WhatsApp Membolehkan Pengguna Yang Dihalang Masih Berhubung Dengan Anda

Aplikasi WhatsApp dilihat menghadapi masalah pepijat akhir-akhir ini, dimana ia dilihat membolehkan pengguna yang dihalang oleh anda (Blocked User) untuk kekal menghantar mesej dan berinteraksi dengan anda.

Untuk makluman, WhatsApp sedia menawarkan ciri untuk menghalang seseorang daripada berhubung dengan anda. Dengan menghalangnya, mereka tidak akan dapat Melihat Gambar Profil anda, selain menghantar mesej kepada anda.

Namun, disebabkan oleh masalah pepijat baru ini, ia membuatkan ciri Blocked User ini seperti tidak berfungsi – sekaligus membolehkan semua pengguna yang dihalang untuk kekal menghantar mesej, melihat gambar profil anda, dan juga melihat masa terakhir anda aktif.

Buat masa ini WhatsApp masih tidak mengeluarkan sebarang komen mengenainya. Mungkin kita akan dapat melihat masalah ini diatasi melalui kemaskini akan datang aplikasi berkenaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Masalah Pepijat WhatsApp Membolehkan Pengguna Yang Dihalang Masih Berhubung Dengan Anda

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×