Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kenderaan Terbang Surefly Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Pertama

Pada Jun tahun lalu Kenderaan Terbang Surefly diperlihatkan kepada umum. Ia sebuah lagi kenderaan terbang dengan rekaan quadrotor yang cuma menjadikan impian fiksyen sains menjadi realiti. Berbeza dengan kenderaan terbang lain yang sudah memulakan ujian, Surefly mempunyai kipas yang boleh dilipat bagi menjimatkan ruang dan adalah kenderaan hibrid elektrik/bahan api fosil.

Surelfly telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya semalam yang dikawal oleh seorang juruterbang. Ia hanya terapung setinggi beberapa kaki selama beberapa minit dalam penerbangan sulungnya. Menurut Workhorse Group yang  membangunkan Surefely, mereka mensasarkan harga jualan sekitar $200,000 (~RM 787000) sebuah untuk kenderaan terbang mereka.

Lapan motor elektrik yang digunakan menerima bekalan kuasa dari generator bahan api fosil. Sekiranya berlaku kerosakan pada generator, terdapat bekalan kuasa bateri selama lima minit untuk melakukan pendaratan kecemasan. Sekiranya ini juga gagal sistem payung terjun akan memastikan keselamatan penumpang. Pihak Surefly menyasarkan permulaan operasi seawal 2019.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kenderaan Terbang Surefly Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Pertama

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×