Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Microsoft Akan Turut Menukar Emoji Pistol Kepada Pistol Permainan

Semalam Google mengikut langkah Apple dan Samsung dengan mengubah Emoji Pistol kepada emoji pistol air/pistol permainan. Ini adalah kerana reaksi negatif penggunaan emoji yang dikatakan menggalakkan keganasan senjata api di Amerika Syarikat.

Sejurus selepas itu akaun media sosial rasmi Microsoft telah mengumumkan pihak mereka sedang dalam proses melakukan perubahan kepada sistem emoji bagi mencerminkan nilai diri dan mengambil kira pendapat orang ramai. Emoji pistol akan diubah menjadi sebuah pistol permainan berwarna hijau.

Perubahan dasar pemilikan senjata ialah isu yang hangat di Amerika Syarikat. Jika hak yang termaktub di dalam perlembagaan tidak boleh diubah, sekurang-kurangnya penggunaannya di atas talian masih boleh dikekang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Microsoft Akan Turut Menukar Emoji Pistol Kepada Pistol Permainan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×