Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

iPhone 2018 Mungkin Menyokong Stylus Seperti Samsung Galaxy Note

Tahun lalu mula kedengaran ura-ura Iphone yang menyokong sokongan sylus terbina akan dihasilkan menjelang 2019. Peranti “iPhone Note” ini akan mencabar kedudukan Samsung Galaxy Note sebagai peranti berstylus terbaik di pasaran. Menurut penganalisa di firma Rosenblatt, iPhone berskin 6.5 inci tahun ini mungkin akan akhirnya membawakan sokongan Stylus “iPen”.

Peranti yang dibangunkan dengan nama kod Rolls Royce ini bukan sahaja menyokong stylus tetapi menggunakan skrin OLED bertakuk serta dijual pada harga yang lebih premium. Penganalisa juga percaya stylus “iPen” ini akan dijual sebagai aksesori berasingan dan bersaiz lebih kecil berbanding Apple Pencil.

Sebagai pengguna Galaxy Note, kami harus akui S-Pen kami gunakan setiap hari. Sekiranya Apple menyertakan sokongan stylus pada iPhone, ia pastinya memberikan saingan kepada Note yang merajai pasaran peranti berstylus sejak diperkenalkan pada tahun 2010. Tahun ini Apple sudahpun menyertakan sokongan Apple Pencil pada model iPad terkini dengan skrin lebih kecil. Bagi peminat tegar Steve Jobs ini mungkin boleh dianggap menghina legasi beliau yang cukup benci dengan penggunaan stylus.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

iPhone 2018 Mungkin Menyokong Stylus Seperti Samsung Galaxy Note

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×