Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instagram Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Data Yang Pernah Dikongsikan Anda Melaluinya

Facebook pada awal bulan ini telah dilanda kontroversi skandal data, dan sejak daripada itu, pelbagai perkara telah diperdebatkan. Hal ini termasuk Berkenaan kebolehan untuk memudahkan pengguna untuk memuat-turun data yang pernah dimuat-naik ke sesuatu perkhidmatan.

Facebook sedia menawarkan ciri berkenaan, dan hari ini Instagram turut menambah ciri berkenaan.

Pengguna Instagram kini boleh ke laman khusus, dan memuat-turun data yang pernah anda kongsikan melalui perkhidmatan berkenaan – termasuk gambar, komen, informasi profil dan sebagainya.

Instagram mengatakan setiap permohonan mungkin mengambil masa sehingga 48 jam sebelum anda dapat memuat-turun data anda.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman khusus Instagram hari ini, dan memuat-turun data peribadi anda yang pernah dikongsikan melalui laman berkenaan.

Layari : Instagram Download Your Data



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instagram Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Data Yang Pernah Dikongsikan Anda Melaluinya

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×