Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instagram Stories Kini Menyokong Muat Naik Gambar Dan Video Secara Pukal

Fungsi Stories mungkin ditiru oleh Instagram dari Snapchat tetapi ia kini lebih kerap digunakan berbanding pencipta asalnya. Semakin ramai menggunakan fungsi ini kerana gambar akan terpadam selepas tempoh 24 jam. Ada yang lebih menggemari memuat naik menggunakan Stories kerana memudahkan proses menceritakan kehidupan seharian mereka.

Hari ini Instagram mengaktifkan sokongan memuat Naik Gambar Dan video ke Stories secara pukal. Sebelum ini ia perlu dimuat naik satu persatu dan agak leceh. Buat masa ini fungsi ini hanya disokong pada peranti Android. Sokongan untuk iOS akan hadir menerusi kemaskini dalam masa beberapa minggu lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instagram Stories Kini Menyokong Muat Naik Gambar Dan Video Secara Pukal

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×