Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Merancang Melancarkan Peranti Redmi Dengan Android One

Siri Redmi oleh Xiaomi adalah siri telefon pintar kelas pertengahan yang dijual pada harga mampu milik. Semalam di satu persidangan tertutup di India, CEO Xiaomi Lei Jun mengesahkan mereka sedang merancang untuk memperkenalkan siri telefon pintar Redmi dengan Android One. Perkara ini berlaku disebabkan permintaan yang tinggi untuk Android Asli di kalangan pengguna di India. Setakat ini hanya Xiaomi Mi A1 menggunakan sistem operasi Android One.

Xiaomi Mi 6X

Sebagai peringatan, Xiaomi Mi A1 adalah versi global kepada Xiaomi Mi 5X dan ia dijana dengan Snapdragon 625, RAM 3GB/4GB storan dalaman 32GB/64GB dan juga mempunyai dwi-kamera. Xiaomi Mi A1 turut popular di Malaysia sehinggakan mempunyai kumpulan pengguna di Facebook dengan lebih sembilan ribu ahli aktif. Dengan pelancaran Xiaomi Mi 6X hari ini, Mi A2 mungkin akan menjadi peranti kedua Xiaomi dengan Android One.

Selain itu, mereka turut menjanjikan akan menawarkan lebih banyak peranti premium pada setahun akan datang. Sama-sama kita nantikan penawaran baru Xiaomi di masa akan datang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Merancang Melancarkan Peranti Redmi Dengan Android One

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×