Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Redmi Note 5 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM799

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Note 5. Ia hadir dengan fokus terhadap skrin yang besar, bateri berkapasiti besar, dan juga sokongan kamera yang baik.

Xiaomi Redmi Note 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.99-inci dengan paparan HD penuh dengan nisbah 18:9, dijana menggunakan cip Snapdragon 636, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB.

Redmi Note 5 Pro

Untuk rakaman gambar, Xiaomi Redmi Note 5 dilengkapi dwi-kamera belakang mengabungkan lensa 12-megapixel dan 5-megapixel, selain kamera hadapan 13-megapixel dengan sokongan pencahayaan lembut.

Redmi Note 5 ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh, selain pengimbas cap jari dibelakang. Menguasakannya adalah sistem operasi Android 8 Oreo dan dilengkapi antaramuka MIUI terkini dengan sokongan sejumlah gesture menarik.

Xiaomi Redmi Note 5 akan dijual pada harga RM799 di Malaysia bagi model 3GB RAM/32GB storan, dan RM999 untuk model 4GB RAM/64GB storan. Pra-tempahan boleh dilakukan bermula esok, 25 April di Lazada. Ia akan dijual secara terbuka bermula 5 Mei 2018 kelak.

Redmi Note 5



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Redmi Note 5 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM799

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×