Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Mungkin Hadir Dengan Ciri Panggilan Video Menggunakan AR Emoji

Samsung bersama-sama pengenalan Galaxy S9 turut mengumumkan sebuah ciri baru yang dinamakan sebagai AR Emoji. Melaluinya, pengguna boleh membuat rakaman wajah mereka dan menghasilkan Watak Maya mereka tersendiri. Watak maya yang dihasilkan berkenaan boleh dikongsi dalam bentuk GIF pada pelbagai aplikasi permesejan.

Selain daripada perkongsian gambar GIF semata-mata, Samsung dilihat mempunyai perancangan yang lebih besar untuknya. Melalui paten terkini yang diterima oleh Samsung, ia dilihat kelak syarikat Korea Selatan berkenaan mungkin Turut Memperkenalkan Ciri panggilan video menggunakan watak maya berkenaan.

Melalui paten yang diterima, ia akan membolehkan pengguna membuat panggilan video bersama rakan-rakan lain menggunakan model 3D wajah mereka. Seperti biasa, ia akan memainkan mimik wajah seperti mana yang digerakkan oleh pengguna.

Paten berkenaan turut mengatakan yang mana kaedah ini akan mengurangkan penggunaan data ketika membuat panggilan video berbanding apa yang dilakukan pada hari ini.

Seperti biasa, buat masa ini ia hanya sekadar paten sahaja. Tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkannya secara rasmi. Memandangkan Asus sedia menjanjikan ciri membuat video langsung menggunakan Zenimoji (ciri alternatif AR Emoji pada peranti Zenfone), maka tidak mustahil untuk kita melihat Samsung turut memperkenalkan ciri lebih kurang sama – termasuk panggilan video ini pada akan datang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Mungkin Hadir Dengan Ciri Panggilan Video Menggunakan AR Emoji

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×