Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Razer Mengambil-Alih MOL Global – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena E-Pembayaran

Razer sebelum ini sedia mempunyai pegangan sebanyak 35% pada MOL Global. Hari ini, Razer mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pembayaran digital, dan telah pun mengambil-alih baki 65% pada MOL Global.

Bagi yang tidak mengenali akan MOL Global, ia merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada kemudahan pembayaran atas-talian untuk membeli barangan – Dan Juga kredit permainan secara maya. Mereka juga turut mempunyai penawaran dompet nirtunai tersendiri dinamakan One2Pay.

MOL Global disasarkan sebagai salah satu perkhidmatan e-pembayaran yang besar di Asia Tenggara. Selain pembayaran atas-talian, mereka juga mempunyai kerjasama dengan kedai fizikal – seperti 7-Eleven untuk menerima pembayaran secara fizikal untuk pembelian atas-talian.

Seperti biasa, proses pengambil-alihan ini akan melalui beberapa fasa sebelum menerima pengesahan sepenuhnya daripada pelbagai pihak – termasuk pelabur dan juga badan berkuasa. Sekiranya semua berjalan lancar, MOL Global akan meneruskan operasi sebagai subsidiari dibawah Razer selepas itu.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Razer Mengambil-Alih MOL Global – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena E-Pembayaran

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×