Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Robot Untuk Kegunaan Dalam Kediaman

Amazon merupakan salah satu syarikat e-dagang yang terbesar di dunia, dan mempunyai pelaburan yang tinggi dalam pembangunan teknologi. Terkini, menurut Bloomberg, syarikat e-dagang berkenaan turut sedang dalam proses membangunkan sebuah robot khusus untuk digunakan dalam kediaman.

Pembangunan Robot khusus ini dijangka memperluaskan lagi penggunaan Alexa. Ia dikatakan tujuan utama robot berkenaan masih menjadi persoalan, tetapi ia dijangka mengikuti pengguna di rumah dalam membantu mereka melalui penggunaan teknologi Alexa, serta beberapa ciri tambahan yang lain.

Projek pembangunan robot in dikatakan dikenali sebagai “Vesta“, dan berkemungkinan ia diuji dikalangan pekerja Amazon pada penghujung tahun ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin melihat penawaran awam robot berkenaan pada 2019 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, bukan Amazon sahaja yang Sedang Membangunkan Robot untuk membantu pengguna. Sebelum ini, Asus turut telah memperkenalkan robot mereka dinamakan Zenbo, namun masih belum dipasarkan meluas sehingga ke hari ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Robot Untuk Kegunaan Dalam Kediaman

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×