Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Alat Pencuci Tahi Telinga OtoSet Mampu Membersihkan Telinga Dalam Masa 35 Saat

Mendiang Steve Jobs pernah berkata “pengguna tidak tahu apa yang mereka perlukan sehingga ia ditunjukkan kepada mereka”. Ini adalah benar dalam penghasilan Telefon Pintar dan tablet. Hanya sedekad yang lalu telefon pintar bukanlah produk yang diperlukan tetapi kini sukar untuk membayangkan hidup tanpanya.

OtoSet ialah pencuci Telinga yang kelihatan seperti sepasang fon kepala. Apabila dipasang pada telinga, ia mencuci saluran telinga luar dengan menggunakan air dan hidrogen peroksida. Menurut pereka OtoSet, kedua-dua belah telinga dapat dibersihkan dalam masa hanya 35 saat. Mereka juga mendakwa ia lebih selamat berbanding menggunakan kapas telinga. Saya secara peribadi kerap mengalami masalah telinga tersumbat, OtoSet ialah alat yang menarik bagi insan seperti kami. Ia kini sedang menjalani ujian beta tanpa tarikh bilakah ia akan dilancarkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Alat Pencuci Tahi Telinga OtoSet Mampu Membersihkan Telinga Dalam Masa 35 Saat

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×