Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dell Melancarkan Laptop Dell Latitude 7390 Dan 5290 2-in-1 – Dikuasakan Oleh CPU Intel Coffee Lake

Hari ini pihak Dell telah melancarkan keluaran model terbaru mereka, iaitu laptop Dell Latitude 7390 dan Dell Latitude 5290.

Apa yang lebih menarik adalah model terbaru Dell ini hadir dengan beberapa spesifikasi yang inovatif. Model seperti Latitude 7390 telah diperbaharui rekabentuknya menjadi lebih ringan serta lebih kecil. Malah ia juga hadir dengan akses seperti pen-to-paper  aplikasi yang memberikan pilihan yang lebih baik kepada pengguna dari segi penulisan.

Laptop Latitude 13 7390 dikuasakan oleh prosesor Intel generasi ke 8 dan PCIe bagi persembahan yang lebih optimum. Malah, dengan model ini, Dell turut menawarkan kepada pengguna spesifikasi seperti Dell ControlVault 2.0, pembaca Kad Pintar Tanpa sentuh, pembaca cap jari atau kamera infrared untuk memastikan maklumat pengguna berada dalam keadaan selamat.

Bagi model Latitude 5290 pula, ia hadir dengan paparan skrin bersaiz 12.5-inci beserta peralatan mobiliti yang lebih produktif. Spesifikasi lain seperti pengesan cap jari, FIPS 201 kad pintar, pembaca kad pintar tanpa sentuh NFC juga hadir untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang pencerobohan maklumat.

Laptop Latitude 5290 juga hadir dengan tapak yang boleh dikeluarkan secara automatik untuk memudahkan penggunaan. Ia juga menawarkan perkhidmatan menggunakan Window Hello seperti kamera IR dengan teknologi kad biometrik, ControlVault 2 dan FIPS 140-2.

Harga pasaran bagi model Laptop Latitude 7390 2 dalam 1 adalah RM6,042 manakala, Latitude 5290 2 dalam 1 pula akan dijual pada harga RM5,711. Kedua-dua model ini akan mula dijual di pasaran tempatan pada bulan April ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Dell Melancarkan Laptop Dell Latitude 7390 Dan 5290 2-in-1 – Dikuasakan Oleh CPU Intel Coffee Lake

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×