Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aplikasi Umrahloka Akan Dilancarkan Pada Jun – Memudahkan Tempahan Umrah

Pada hari ini, terdapat pelbagai agensi pelancongan yang membawa Pengguna melakukan Umrah. Dengan pelbagai penawaran berbeza, ia mungkin sedikit menyukarkan pengguna melakukan pilihan dengan pantas, atau perbandingan.

Untuk memudahkan perkara berkenaan, kini salah satu Aplikasi yang sedang dibangunkan adalah Umrahloka.

Melalui Umrahloka, pengguna boleh memilih tetapan tarikh yang ingin melakukan Umrah, dan had belanja untuknya. Seterusnya, aplikasi Umrahloka ini akan memaparkan hasil yang bersesuaian dengan anda.

Setiap hasil juga boleh dilihat lanjut seperti tarikh penerbangan, hotel penginapan dan sebagainya. Disamping itu, Umrahloka juga akan menyediakan akses khusus dinamakan UmrahVIP yang membolehkan pengguna menyenaraikan tarikh yang anda ingin lakukan Umrah, dan seterusnya ajen berkenaan akan menghubungi anda.

Untuk membuat tempahan, pengguna akan perlu membayar deposit sebanyak RM500 melalui Umrahloka, dan bakinya dibayar terus kepada agensi pelancongan berkaitan.

Pembangun Umrahloka mengatakan mereka menyasarkan untuk melancarkannya sekitar bulan Jun 2018 ini. Aplikasi ini bakal ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aplikasi Umrahloka Akan Dilancarkan Pada Jun – Memudahkan Tempahan Umrah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×