Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Memperlihatkan Pembantu Digital Pintar, XiaoAi – Terhad Untuk Pasaran China

Semasa pelancaran Xiaomi Mi Mix 2S minggu lepas, Xiaomi turut telah melancarkan pembesar suara pintar Xiaomi AI Speaker Mini yang dikuasakan dengan Pembantu Digital baru mereka XiaoAi. Xiaomi membangunkan Xiao AI kerana pembantu digital Google, Google Assistant tidak boleh digunakan di China dan pembantu digital lain seperti Siri dan Alexa mempunyai fungsi yang terhad dalam bahasa Mandarin.

Menariknya, bukan sekadar pada pembesar suara, pihak Xiaomi turut menyertakan Pembantu Maya Digital mereka pada telefon pintar Mi Mix 2S yang dipasarkan di China. Melalui pembantu digital maya berkenaan, pengguna boleh menggunakan arahan suara bukan sahaja untuk membuat sejumlah tugasan mengawal peranti, bertanyakan soalan, selain pada masa yang sama mengawal sejumlah peranti berhubung dibawah ekosistem Xiaomi. XiaoAi juga dilihat diintegrasikan bersama ekosistem WeChat yang digunakan meluas di China.

Secara kasar, XiaoAi adalah ibarat Google Assistant versi China. Ini kerana fokus XiaoAi adalah arahan suara interaktif yang memfokuskan bahasa Mandarin. Kewujudan XiaoAi juga akan memudahkan pengguna di negara China mengawal telefon pintar melalui arahan suara, selain menikmati ciri pembantu maya digital pintar yang menarik dan berfungsi dengan lebih menyeluruh berbanding Google Assistant ataupun Siri.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Memperlihatkan Pembantu Digital Pintar, XiaoAi – Terhad Untuk Pasaran China

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×