Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus Dijangka Hadir Dengan Penawaran OnePlus 6 Edisi Avengers

Jika tahun lepas OnePlus bekerjasama dengan Star Wars untuk OnePlus 5T edisi Star Wars sempena Star Wars: The Last Jedi, tahun ini OnePlus dijangka akan bekerjasama dengan pihak Marvel untuk peranti edisi terhad. Melalui video acah yang tertiris yang ditemukan Android Central, ia dilihat OnePlus bakal melancarkan OnePlus 6 edisi Avengers: The Infinity Wars sempena filem Avengers baru yang bakal ditayangkan pada 27 April 2018 tidak lama lagi.

Setakat ini, ia diketahui yang mana OnePlus 6 akan hadir dengan ia akan menjadi cip pemprosesan Snapdragon 845, 8GB RAM, storan dalaman mencecah 256GB dan juga rekaan skrin bertakuk.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pelancaran untuk OnePlus 6. Tetapi, dengan kerjasama bersama Marvel ini OnePlus 6 mungkin akan hadir dalam seminggu dua lagi – sebelum tayangan filem berkenaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus Dijangka Hadir Dengan Penawaran OnePlus 6 Edisi Avengers

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×