Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Komputer Untuk Gaming Samsung Odyssey Z Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060 MAX-P

Samsung bukanlah nama yang gah di dalam arena penghasilan Komputer Riba untuk gaming. Kebanyakan komputer riba yang dihasilkan oleh mereka sejak akhir-akhir ini mensasarkan kegunaan golongan pelajar dan juga perniagaan. Tetapi jika anda inginkan komputer riba gaming dari mereka, Samsung Odyssey Z telah dilancarkan hari ini.

Ia dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Intel Core i7 Generasi ke-lapan, memori sehingga 16GB DDR4, storan sehingga 1TB SSD NVMe dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 Max-P 6GB GDDR5.  Walaupun ia sebuah komputer untuk gaming, Odyssey Z hanya setebal 17.9 mm dan seberat 2.4 kilogram.

Bagi memastikan komputer riba ini berfungsi dengan optimum, Sistem Penyejuk Z AeroFlow digunakan dengan “Dynamic Spread Vapor Chamber”. Terdapat mod senyap yang mengurangkan bunyi sistem penyejuk ke tahap 22 Decibel untuk memberikan ketenangan jiwa untuk melakukan kerja biasa.

Papan kekunci dengan sistem berlampu disertakan tetapi kerana konfigurasi sistem penyejuk yang digunakan pada sesentuh diletakkan pada sebelah kanan papan kekunci. Akhir sekali sebuah bateri 54 Wh disertakan dengan pengecas 180W. Tiada harga diumumkan buat masa ini tetapi ia akan dijual di Korea Selatan dan China bermula bulan ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Komputer Untuk Gaming Samsung Odyssey Z Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060 MAX-P

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×