Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gaming Laptop MSI GE63 Raider RGB Turut Dilancarkan Dengan Skrin 120HZ Dan Grafik GeForce GTX 1070

Hari ini ialah hari yang cukup meriah bagi peminat gaming laptop di seluruh dunia. Pelbagai komputer yang mensasarkan golonga gamer dilancarkan. Selain GS65 Stealth Slim dan GT75 Titan, MSI turut melancarkan GE63 Raider RGB.

Ia dilengkapi skrin 15.6 inci HD penuh 120HZ 3ms atau skrin UHD kedua-duanya dari keluarga IPS LCD. Pemproses Intel Core i7- 8700H yang menjana GS65 digunakan semula tetapi dipadankan dengan memori sehingga 32GB DDR4 dan dua slot storan untuk SSD. Terdapat dua pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB GDDR5 atau GeForce GTX 1060 6GB GDDR5.

Sekali lagi ini adalah konfigurasi yang sama seperti yang ditawarkan untuk GS65 kecuali tiada sokongan Max-Q. Sistem penyejuk MSI Cooler Boost 5 digunakan dengan tujuh paip haba bagi memastikan Komputer Riba Ini sentiasa sejuk walaupun ketika sesi permainan video yang intensif.

Perbezaan terletak pada sistem lampu RGB yang bukan sahaja digunakan pada papan kekunci, malahan turut digunakan pada panel penutup Komputer Riba serta pada port USB. Sebanyak 24 zon lampu RGB wujud pada komputer riba ini dengan sokongan sehingga 16.8 juta warna. Setiap butang papan kekunci mempunyai lampu RGB tersendiri rekaan SteelSeries.

Pilihan I/O yang diberikan adalah 3 USB 3.1 type-A, 1 USB 3.1 type-C, 1 HDMI 2.0, 1 mDP, 1 pembaca kad SD, 1 port  LAN RJ45dan bicu audio 3.5mm. Spesifikasi GE63 mungkin sama dengan GS65 tetapi ia hampir dua kali ganda lebih tebal (29.5mm vs 17.7mm) dan lebih berat (2.49 KG vs 1.8KG).

Tiada maklumat mengenai kapasiti bateri disertakan Di Amerika Syarikat MSI GE63 Raider Rgb dijual pada harga bermula dari $1599 (~RM 6194 sebuah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Gaming Laptop MSI GE63 Raider RGB Turut Dilancarkan Dengan Skrin 120HZ Dan Grafik GeForce GTX 1070

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×