Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Spotify Melancarkan Amplify – Hab Untuk Suara Dan Perjuangan Komuniti

Semalam kita menyambut hari wanita sedunia dan ia digunakan bagi memberikan tumpuan kepada masalah besar yang melanda kaum hawa. Kesedaran ke atas hak asasi wanita ini semakin meningkat di seluruh dunia. Sempena menyambut bulan sejarah wanita di Amerika Syarikat, Amplify telah dilancarkan oleh Spotify.

Amplify ialah hab khusus untuk suara Dan Perjuangan Komuniti. Topik akan diubah setiap bulan seperti perjuangan hak imigran, wanita, LGBTQ, kesamarataan jantina dan kesihatan mental. Senarai main artis dan podcast yang relevan kepada topik bulanan akan disenaraikan pada hab Amplify. Sebagai contoh artis Indonesia Raisa x Isyana dimasukkan ke dalam senarai main Amplify : Women of The World.

Ini bukan hab khas pertama yang dihasilkan oleh Spotify. Pada tahun 2016 hab untuk gamer dilancarkan yang memberikan akses kepada runut bunyi dan lagu-lagu dari permainan video.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Spotify Melancarkan Amplify – Hab Untuk Suara Dan Perjuangan Komuniti

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×