Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Chrome Akan Berhenti Papar Iklan Pada Laman Dengan Iklan Menganggu Bermula Esok

Google sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk berhenti memaparkan Iklan-iklan yang menganggu ketika melayari web menggunakan pelayar web Chrome. Hari ini, gergasi carian dan pengiklanan berkenaan turut mengumumkan yang mana mereka akan mula berhenti memaparkan semua iklan pada laman-laman yang berterusan memaparkan iklan-iklan menganggu.

Google menggunakan piawaian Better Ads Standard untuk mengenal-pasti iklan yang menganggu dan sebaliknya.

Chrome Ads Blocker

Antara iklan yang dilabelkan sebagai menganggu adalah termasuk iklan pop-up, video dimainkan secara automatik dengan bunyi, iklan yang menutup keseluruhan web dan memaparkan kiraan sebelum dapat mengaksesnya, iklan mudah-alih yang menutup lebih 30% paparan peranti mudah-alih, dan beberapa yang lain.

Google turut menekankan yang mana pelayar web digunakan untuk menghubungkan pengguna kepada kandungan dan informasi – dan mereka akan berhenti paparkan iklan pada web-web yang dilabelkan mempunyai iklan menganggu ini bermula 15 Februari 2018 ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Chrome Akan Berhenti Papar Iklan Pada Laman Dengan Iklan Menganggu Bermula Esok

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×