Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

NVIDIA Mungkin Mengumumkan Kad Grafik “Turing” Untuk Golongan Gamer Bulan Depan – Berasaskan Rekaan Cip Volta

Setiap tahun, NVIDIA akan mengumumkan kehadiran Kad Grafik terbaru mereka di acara Game Developers Conference (GDC), dan tahun ini, nampaknya syarikat pembuat cip pemprosesan tersebut bakal hadir dengan kad grafik yang baru lagi tahun ini, dan akan mengumumkannya di acara GDC pada bulan hadapan.

Buat masa ini, butiran khusus mengenai kad tersebut masih belum lagi diumumkan, tetapi menurut laporan dari Reuters, NVIDIA bakal mengumumkan kad grafik dengan nama samaran “Turing”, iaitu sebuah kad grafik yang dibina khusus untuk pengguna-pengguna biasa seperti gamer dan juga pembina komputer. Terdapat juga

Menurut laporan Reuters lagi, NVIDIA dilihat bakal meningkatkan pengeluaran cip Volta mereka, yang sebelum ini digunakan pada kad grafik Titan V dan Tesla V100, yang merupakan diantara kad-kad grafik yang paling berkuasa oleh NVIDIA setakat ini.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, butiran khusus mengenai kad grafik ini masih tidak begitu diketahui, tetapi jika kad grafik Titan V boleh dijadikan ukuran, ada kemungkinan ia akan menggunakan memori HBM2 yang baru sama seperti kad grafik pusat data tersebut.

Selain dari itu, terdapat juga ura-ura bahawa NVIDA akan sambung menggunakan nama siri GTX 20XX sebagai nama rasmi kad grafik “Turing” ini.

Dengan harga kad grafik yang kian melonjak setiap bulan, ada kemungkinan yang cukup besar bahawa harga pasaran untuk kad grafik terbaru ini kemungkinan besar akan menjadi cukup mahal juga. Apa-apa pun, kami menunggu pengumuman mengenai kad grafik ini di bulan hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

NVIDIA Mungkin Mengumumkan Kad Grafik “Turing” Untuk Golongan Gamer Bulan Depan – Berasaskan Rekaan Cip Volta

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×