Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LG Mengumumkan “Vision AI” – Sokongan Kecerdasan Buatan Pada Kamera

Lanjutan daripada desas-desus tempoh hari, kini pihak LG secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan Sokongan Kecerdasan Buatan pada LG V30 edisi 2018.

Dengan penyertaan Kecerdasan Buatan terus pada bahagian kamera ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya dalam membuat carian visual, merakamkan gambar dan mencarinya untuk dibeli, selain mengenal-pasti objek yang dirakamkan dan mengoptimasikan kamera untuk mod yang sesuai untuknya.

LG Vision AI

LG mengatakan mereka telah menganalisa lebih 100 juta gambar dalam membangunkan algoritma pengecaman gambar ini.

Disamping itu, LG turut mengumumkan Voice AI yang mana diintegrasikan bersama Google Assistant, dan membolehkan anda mengawal sejumlah tetapan pada peranti. Ia telah sedia hadir pada 2017 yang lepas, tetapi Melalui Kemaskini baru ia menyokong lebih banyak ciri untuk dikawal.

BUat masa ini, ciri baru ini akan hadir bersama LG V30 edisi 2018, dan turut dijangka akan diperluaskan ke beberapa peranti sedia ada melalui kemaskini sistem operasi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

LG Mengumumkan “Vision AI” – Sokongan Kecerdasan Buatan Pada Kamera

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×