Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Maps Mungkin Membolehkan Anda Berkongsi Lokasi Semasa Bersama Masa Bertahan Bateri

Google Maps merupakan salah satu aplikasi pemetaan yang digunakan ramai untuk tujuan navigasi, menemui lokasi baru, dan tidak kurang juga untuk Berkongsi Lokasi Semasa dalam bentuk masa-nyata bersama-sama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.

Terkini, melalui versi baru aplikasi Google Maps, pihak Android Police mendapati kod-kod baru yang akan membolehkan pengguna turut berkongsi info tambahan seperti masa bertahan bateri ketika berkongsi lokasi semasa.

Ini akan amat berguna ketika anda berkongsi lokasi masa-nyata bersama rakan, terutamanya ketika bateri peranti anda hampir ingin mati dan sebagainya. Ia akan membolehkan rakan anda mengetahui status semasa – dan tidak terkejut sekiranya perkongsian lokasi semasa anda hilang secara tiba-tiba.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan – dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperkenalkan kepada semua atau sebaliknya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Maps Mungkin Membolehkan Anda Berkongsi Lokasi Semasa Bersama Masa Bertahan Bateri

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×