Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

YouTube Menggantung Pengiklanan Pada Video Logan Paul Selepas Kontroversi Terkini

Logan Paul ialah antara selebriti paling popular di platform Youtube. Beliau juga tersenarai di antara sepuluh selebriti YouTube dengan pendapatan tertinggi tahun lalu. Tahun ini kedudukan beliau pastinya terjejas teruk kerana kontroversi yang dihasilkan sendiri. Selepas ditarik dari program Google Preferred, Logan kembali menghasilkan video minggu ini.

Beliau nampaknya tidak serik selepas menerima kritikan video bunuh diri dan aksi kurang ajar yang dihasilkan sebelum ini. Di dalam video terkini, Logan menembak bangkai tikus menggunakan taser. Tidak mengejutkan ini memulakan semula kitaran kontroversi baru. YouTube kali ini segera bertindak dan menggantung penayangan sebarang iklan pada video beliau.

Pada waktu yang sama YouTube mengeluarkan garis panduan baru kepada penghasilkan kandung di laman mereka. Mereka yang kerap melanggar peraturan kini bukan sahaja Boleh Dibuang Dari Google Preferred malah tidak akan menerima sebarang jenis pengiklanan. Saluran boleh dibuang dari YouTube Partner Program serta mereka diharamkan dari YouTube Spaces. Akhir sekali video tidak akan dipaparkan pada muka hadapan dan disarankan untuk ditonton.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

YouTube Menggantung Pengiklanan Pada Video Logan Paul Selepas Kontroversi Terkini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×