Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LG Dianugerahkan Paten Telefon Pintar Dengan Tiga Skrin

Dua Skrin pada telefon pintar bukan lagi satu perkara yang janggal. Tahun lalu ZTE Axon M dilancarkan dengan dua skrin yang boleh dilipat. Samsung pula dijangka akan memperkenalkan peranti Galaxy X dengan skrin 7.3 inci yang boleh dilipat. LG juga tidak ketinggalan dan telah dianugerahkan paten peranti dengan tiga skrin boleh lipat oleh WIPO.

Lakaran skematik di atas menunjukkan telefon pintar LG ini mempunyai tiga bahagian skrin. Skrin di tengah ialah skrin utama dengan butang home di hadapan bawah skrin manakala skrin kedua kelihatan boleh dilipat secara terus dan skrin ketiga seolah boleh ditarik dan terus lipat menutupi skrin kedua.

Jika ketiga-tiga skrin ini dibentangkan ia menjadi sekeping skrin dengan resolusi yang memanjang. Kesemua skrin ini mempunyai sokongan sesentuh dan boleh digunakan juga untuk membuat multi-tugas dengan lebih mudah.

 LG memfailkan paten ini pada tahun 2014 dan baru sahaja diluluskan oleh WIPO. Dengan telefon pintar dengan skrin bernisbah 18:9 pada zaman sekarang, rekaan telefon pintar LG ini mungkin akan berubah. Telefon pintar sebenar LG seperti ini mungkin lambat lagi akan hadir di pasaran.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

LG Dianugerahkan Paten Telefon Pintar Dengan Tiga Skrin

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×