Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Mungkin Memperkenalkan Ciri Menghantar Android Messages Melalui Web

Google pada hari ini mempunyai beberapa perkhidmatan permesejan, dimana antaranya adalah Hangouts, Allo dan juga Android Messages. Hangouts dan Allo sedia ditawarkan untuk akses melalui web, dan kini ia dilihat Android Messages mungkin menawarkan ciri lebih kurang sama.

Android Messages merupakan aplikasi permesejan dengan sokongan RCS – dimana ia mengintegrasikan sokongan SMS, permesejan berkumpulan, penghantaran kandungan multimedia dan sebagainya melaluinya. Beberapa pengeluar peranti Android sedia menggunakannya dan mengintegrasikannya pada peranti mereka – seperti Huawei dan lain-lain.

Kini, melalui kod pembangunan yang ditemui oleh Android Police, ia dilihat Google mungkin turut memperkenalkan sokongan menghantar mesej melalui web untuk Android Messages.

Seperti pada WhatsApp Web, pengguna perlu mengimbas kod QR, dan seterusnya boleh menghantar dan menerima mesej terus menggunakan desktop dengan mudah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya secara rasmi – atau sekadar ujian semata-mata Buat Masa Ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Mungkin Memperkenalkan Ciri Menghantar Android Messages Melalui Web

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×