Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aplikasi Kamera Essential Phone Menerima Kemaskini Fungsi AutoHDR

Essential Phone ialah telefon pintar yang dikeluarkan oleh bapa Android Andy Rubin. Ianya adalah telefon pintar premium yang dibuat daripada bahan seramik dan titanium dengan skrin bertakuk bernisbah 19:10. Sejak dilancarkan prestasi kamera Essential Phone Menerima rungutan dari pembeli. Selepas hampir lapan bulan dilancarkan kini kamera pada Essential Phone menerima kemaskini yang menyokong AutoHDR.

Sebelum ini pengguna harus mengaktifkan mod HDR secara manual, kini dengan AutoHDR ia mampu mengesan subjek dan situasi pencahayaan secara automatik bagi menghasilkan kualiti imej yang tinggi.

Menurut Essential melalui laman Twitter mereka, algoritma kamera baru mereka meningkatkan prestasi kamera, memberi kualiti imej yang lebih menarik, dan lebih stabil.

Pengguna boleh mengemaskini aplikasi Kamera Essential Phone melalui Google Play Store.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aplikasi Kamera Essential Phone Menerima Kemaskini Fungsi AutoHDR

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×