Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Menguji Ciri “Undi-Turun” Pada Komen

Facebook pada tahun ini mengatakan akan memfokuskan kepada interaksi yang bermakna pada platform sosial mereka, dan salah satunya semestinya dengan mengawal bahagian Komen pada perkongsian awam. Kini, selari dengannya, Facebook menguji sebuah ciri baru yang dinamakan “Downvote” pada komen.

Ciri ini diuji dikalangan segelintir kecil pengguna di Amerika Syarikat. Melaluinya, pengguna boleh “Downvote” sesuatu komen dan memberikan sebab untuknya – sama ada ia “Lari-Topik”, “Berbentuk Menyerang”, atau “Tidak Tepat”.

Melalui ujian ciri baru ini, Facebook ingin lebih memahami bagaimana sesuatu komen dipaparkan dan mengalakkan lagi interaksi dikalangan komuniti.

Dengan Facebook yang lebih memfokuskan kepada perkongsian daripada rakan dan ahli keluarga pada News Feed tahun ini, mereka turut melihat kepada beberapa kaedah dalam mengalakkan interaksi bermakna dan positif – dan ini adalah salah satu ujian yang selari dengannya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada gergasi laman sosial ini akan memperkenalkan ciri ini secara meluas kepada semua atau ini sekadar ujian ringkas sahaja.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Menguji Ciri “Undi-Turun” Pada Komen

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×