Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Qualcomm Menolak Tawaran Pengambil Alihan Oleh Broadcom Bernilai $120 Bilion

Pembelian syarikat merupakan suatu lumrah didalam dunia perniagaan, dan untuk pelbagai syarikat, pengambil alihan merupakan suatu “exit strategy” bagi pemilik perniagaan untuk mendapatkan wang yang banyak dan cepat supaya mereka dapat bersara dengan selesa, ataupun supaya mereka boleh melaburkan wang tersebut didalam projek yang baru.

Qualcomm, pembuat semikonduktor dan cip pemprosesan sebelum ini diberi tawaran untuk diambil alih oleh sebuah lagi syarikat pembuat cip, Broadcom untuk sejumlah wang yang cukup besar pada nilai $120 bilion (RM480 bilion).

Lembaga pengarah Qualcomm, bersama-sama dengan penasihat undang-undang dan kewangan berkata Bahawa Tawaran Tersebut ditolak kerana mereka merasakan bahawa tawaran tersebut bukan sahaja melemahkan posisi Qualcomm sebagai salah sebuah syarikat pembuat silikon terbesar di dunia, tetapi juga pelbagai kelemahan didalam tawaran tersebut yang tidak menepati komitmen kawal-selia yang ditetapkan oleh pihak lembaga pengarah Qualcomm.

Walaupun Qualcomm menolak tawaran Broadcom tersebut buat masa ini, Qualcomm juga menyatakan hasrat untuk berjumpa dan berbincang dengan Broadcom mengenai kelemahan-kelemahan di dalam tawaran tersebut.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Qualcomm Menolak Tawaran Pengambil Alihan Oleh Broadcom Bernilai $120 Bilion

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×