Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lexip – Tetikus Dengan Kayu Ria Terbina Pertama Di Dunia

Semasa kami masih muda belia dahulu, kami gemar permainan simulasi penerbangan IL-2 Sturmovik. Kerana minat yang mendalam kami sanggup membeli Kayu Ria penerbangan keluaran Saitek. Kami masih meminati genre ini tetapi harga jualan kayu ria penerbangan adalah di luar mampu milik dan mengambil terlalu banyak ruang di meja kerja.

Bagi mereka yang masih mahukan kayu ria tetapi tidak mahu berbelanja lebih, tetikus Lexip ialah jawapan kepada masalah ini. Tetikus ini dilengkapi dengan kayu ria analog terbina pada bahagian sisi. Tapaknya pula mempunyai gimbal bergerak ke semua arah seperti sebuah flightstick. Oleh itu Lexip boleh digunakan seperti sebuah kayu ria dan juga tetikus pada waktu yang sama. Laser yang digunakan mempunyai tahap kepekaan 8200 DPI.

Lexip sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula dari €189 (RM 912).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Lexip – Tetikus Dengan Kayu Ria Terbina Pertama Di Dunia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×