Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ViewSonic Memperkenalkan Paparan Skrin ViewSonic VP3881 – Paparan Melengkung Untuk Prosumer

Paparan skrin melengkung kini semakin popular kebelakangan ini, terima kasih kepada penggemar permainan komputer dan juga mereka yang sering menonton filem melalui komputer mereka.

ViewSonic, sebuah syarikat pembuat paparan dan projektor terkemuka baru-baru ini hadir dengan sebuah monitor ultra-lebar melengkung yang dinamakan ViewSonic VP3881 yang dibina khusus untuk golongan prosumer seperti pereka digital profesional, penyunting video dan sebagainya.

Paparan VP3881 ini merupakan sebuah paparan bersaiz 38 inci yang menggunakan teknologi SuperClear IPS yang ditentukur pada nilai Delta E3840×1600 pixel, dan mempunyai kadar lengkungan 2300R.

Ia juga mempunyai rekaan hampir nirbingkai pada tiga daripada empat penjuru untuk memudahkan pengguna untuk menggunakan paparan VP3881 ini dengan konfigurasi tiga ataupun empat paparan.

Dalam pada itu, paparan ini juga hadir dengan beberapa ciri-ciri yang menarik seperti sambungan I/O, termasuklah empat port USB 3.0 (Type-A dan Type-C), dua port HDMI dan sebuah port DisplayPort 1.4 dengan sokongan HDR.

Paparan skrin ViewSonic VP3881 sudahpun berada di pasaran tempatan pada harga RM4999 dan akan hadir dengan jaminan selama tiga tahun, dan jaminan premium selama setahun dimana pihak ViewSonic akan menghantar pengguna monitor ini sebuah monitor baru untuk mengelak masalah downtime di tempat kerja.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ViewSonic Memperkenalkan Paparan Skrin ViewSonic VP3881 – Paparan Melengkung Untuk Prosumer

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×