Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Photos Kini Membolehkan Pengguna Menjana Video Ringkas Berdasarkan Tema Tertentu Secara Automatik

Aplikasi Google Photos mula kami gunakan sejak beberapa tahun yang lalu bagi menyimpan gambar dari peranti terus ke storan awanan. Dengan Photos, tiada lagi masalah gambar hilang kerana peranti dicuri atau terlupa untuk memindahkannya apabila menukar peranti. Aplikasi ini kini membawakan fungsi baru yang membolehkan pengguna menghasilkan video secara automatik.

Pengguna hanya perlu bahagian Movie pada bahagian Assistant untuk mencuba fungsi ini. Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi ataupun laman web. Terdapat beberapa tema disediakan seperti untuk kucing, anjing, kematian, selfie, hari Ibu, hari bapa, hari kekasih, Smiles dan anak yang membesar.

Jika tema-tema ini pernah anda dengari, ini adalah kerana ia ditawarkan secara automatik oleh Google Photos Sebelum Ini dalam tempoh yang terhad. Kini ia boleh diakses sekali lagi tanpa perlu menanti hari tertentu seperti sebelum ini. Pada aplikasi pengguna perlu mengemaskini ke versi terkini untuk menggunakan fungsi ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Photos Kini Membolehkan Pengguna Menjana Video Ringkas Berdasarkan Tema Tertentu Secara Automatik

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×