Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Opera 51 Dilancarkan – Lebih 38% Pantas Berbanding Mozilla Firefox

Opera Hari Ini telah melancarkan Pelayar Web versi terkini mereka, iaitu Opera 51 untuk desktop. Melalui kemaskini baru ini, Opera dilihat memfokuskan kepada kepantasan dan kelancaran pelayar web berkenaan berbanding versi sebelumnya.

Melalui perbandingan yang dilakukan oleh Opera, mereka mengatakan Opera 51 lebih 38% lancar berbanding dengan Mozilla Firefox 58 ketika diuji menggunakan sistem Windows.

Opera 51

Disamping itu, kini Opera turut memudahkan anda menatal ke atas sesuatu web dengan pantas – dimana anda hanya perlu klik pada sesuatu tab sahaja, dan ia akan menatal kembali ke bahagian paling atas.

Beberapa perkara baru yang turut disertakan adalah termasuk paparan Private Mode yang dikemaskini untuk macOS, dan kebenaran untuk semua web menjalankan kandungan Flash.

Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang disertakan ini.

Muat-Turun Opera 51 untuk desktop



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Opera 51 Dilancarkan – Lebih 38% Pantas Berbanding Mozilla Firefox

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×