Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Intel Hadir Dengan Kemaskini Spectre Terbaru Untuk Pelbagai CPU Intel Skylake

Masalah kerentanan CPU Spectre dan Meltdown dilihat masih lagi membelenggu sebahagian besar para pengguna komputer di seluruh dunia, dengan Intel memberitahu pengguna-pengguna supaya kemaskini mereka sebelum ini tidak harus dimuat-turun kerana ia memberi masalah baru kepada pengguna-pengguna tersebut.

Baru-baru ini, Intel hadir dengan pengumuman terbaru bahawa kemaskini untuk CPU siri Skylake sudahpun disahkan dan telah dihantar ke rakan-rakan pembina OEM Intel untuk disebarkan kepada pengguna-pengguna komputer dan laptop yang berkaitan.

Menurut blog Intel, siri Cpu Intel Skylake yang layak untuk kemaskini ini termasuklah siri Skylake U-, Y-, H- dan S-, dari Celeron hinggalah ke siri Core dan Core-m. Tambahan lagi, kemaskini untuk siri Haswell dan Broadwell juga sedang diuji oleh Intel, tetapi tidak memberitahu bilakah kemaskini-kemaskini tersebut akan hadir untuk dimuat-turun.

Intel menyarankan lagi bahawa apabila kemaskini ini hadir melalui rakan-rakan OEM mereka, mereka patutlah mengemaskini komputer mereka secepat mungkin untuk memperbaiki masalah kerentanan tersebut.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Intel Hadir Dengan Kemaskini Spectre Terbaru Untuk Pelbagai CPU Intel Skylake

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×