Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Polis China Mula Menggunakan Kaca Mata Pintar Dengan Sistem Pengenalan Wajah Untuk Mengesan Penjenayah

Kaca Mata Pintar Google Glass gagal di pasaran kerana ia terlalu mahal dan masih belum bersedia untuk digunakan secara meluas. Apple kini dikatakan sedang membangunkan Kaca Mata Pintar mereka sendiri dan Intel pula baru memperlihatkan Vaunt dengan imej yang dipancarkan terus ke dalam retina pemakai.

Di China Kaca Mata pintar seakan Google Glass kini mula digunakan oleh pegawai polis mereka. Yang menjadikan kaca mata pintar ini unik ialah ia mampu mengesan wajah penjenayah secara automatik serta boleh mengenalpasti kad pengenalan palsu. Setakat ini menurut laporan media China tujuh penjenayah berjaya diberkas dan dua puluh enam pemegang kad pengenalan palsu berjaya di tahan.

Tidak seperti Google Glass, kaca mata pintar ini bersambung kepada sebuah peranti yang kelihatan seperti menggunakan sistem operasi Android. China ialah negara yang sentiasa mengawas rakyatnya. Polis mereka telah lama menggunakan sistem pengecaman wajah secara massal di tempat awam dengan alasan untuk memastikan dan meningkatkan tahap keselamatan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Polis China Mula Menggunakan Kaca Mata Pintar Dengan Sistem Pengenalan Wajah Untuk Mengesan Penjenayah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×