Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jemputan Pelancaran Huawei P20 Memperlihatkan Penyertaan Sistem Tri-Kamera Belakang

Huawei Sebelum Ini telah mula menghantar Jemputan kepada beberapa media untuk sebuah acara pelancaran peranti yang dijadualkan pada 27 Mac 2018 kelak. Kini, imej jemputan berkenaan hadir ke arena web, sekaligus dilihat memfokuskan kepada penggunaan tiga kamera pada bahagian Belakang peranti berkenaan.

Huawei 27 Mac

Ramai sedia maklum yang mana Huawei menggunakan tagar “#OO” untuk dwi-kamera sebelum ini, dan pada jemputan kali ini, Huawei dilihat menggunakan tanda “OOO”. Disamping itu, ayat “See Mooore With AI” turut menekankan lagi pengguanan tiga kamera belakang pada peranti berkenaan.

Info penuh mengenai apakah penawaran lensa ketiga pada kamera belakang ini masih menjadi tanda tanya. Ada yang membuat spekulasi ia akan memfokuskan kepada sokongan zoom dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lebih banyak info tertiris dalam minggu-minggu akan datang, atau perlu nantikan sehingga 27 Mac 2018 kelak untuk mengetahui lanjut sepenuhnya mengenai telefon dengan tiga-kamera belakang ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jemputan Pelancaran Huawei P20 Memperlihatkan Penyertaan Sistem Tri-Kamera Belakang

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×